• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khai Tak Mahu Komen Isu Lawat Wany Di Hospital

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEAKRABAN antara penyanyi baharu, Khai Bahar dan Wany Hasrita kini bagaikan ‘direstui’ oleh kebanyakan peminat mereka.

Sebelum ini, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah telah ditahan di hospital pada minggu lalu akibat dijangkiti virus Influenza B.

Bagaimanapun, ada ura-ura mengatakan kononnya mereka berdua telah menjalinkan hubungan cinta sejak mula rapat sekitar tahun lalu.

Namun, bagi mengelakkan fitnah, Muhammad Khairul Baharuddin atau Khai Bahar enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di hospital bagi melawat Wany pada minggu lalu.

“Biarlah rahsia, saya tidak mahu orang salah faham dengan kenyataan saya dan boleh mengundang fitnah.

“Soal melawat atau tidak tidak perlu saya ulas lanjut,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Penyanyi lagu Luluh itu lebih memilih untuk tidak mengluas lanjut tentang isu tersebut kerana dia dan Wany masih rapat seperti dulu.

Dalam masa yang sama, sebagai pendatang baharu, Khai akui bahawa dia tidak ambil pusing jika digosipkan dengan mana-mana selebriti asalkan ia dapat menggembirakan hati peminat, itu sudah memadai.

“Apa yang saya lakukan bersama kawan-kawan saya biarlah ikhlas, apabila sudah rapat dan selalu menghadiri acara bersama-sama, peminat nampak kami ‘sweet‘.

“Kalau sebelum ini dengan Wany, baru-baru ini ada pula peminat cakap saya rapat dengan Ara Johari.

“Apapun, saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminat-peminat saya gembira,” tambahnya lagi.

Hubungan mesra antara Wany dan Khai jelas terlihat sewaktu mereka berdua menghadiri rakaman bagi program CCTV saluran Astro Ria pada bulan lalu.

Kedua-dua penyanyi baharu itu kelihatan mesra apabila masing-masing saling berbalas ‘pick-up line’ ketika itu.

Malah, mereka juga sering berkongsi pentas ketika menghadiri jemputan persembahan di kebanyakan majlis.

Dalam perkembangaan lain, Khai baru sahaja dilantik sebagai duta produk sabun pembersih wajah dibawah jenamanya sendiri iaitu C Clean Plus by Khai Bahar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Khai BaharNetizenwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd