Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kematian Zulfarhan: MMC Akan...

Kalau doktor berkenaan bijak sedikit, mesti dia dapat mengesan kecederaan itu bukan sebab letupan.

Produk Makanan Malaysia Dapat...

KUALA LUMPUR - Produk makanan Malaysia menembusi  pasaran Amerika Latin berikutan kempen promosi...

Kejadian Bilal Dibakar Diklasifikasi...

ALOR SETAR - Kes simbah dan bakar bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat...

Pengarah Raja Ahmad Alauddin...

KUALA LUMPUR - Pengarah Raja Ahmad Alauddin dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.Berita...

Ketua Jabatan Perlu Teliti Garis Panduan Terima Hadiah

KOTA BHARU – Semua ketua jabatan Persekutuan di negeri-negeri diminta merujuk garis panduan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebelum menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof berkata ia bagi mengelak penjawat awam terpalit dengan aktiviti rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh didenda, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Kita ada buat siasatan berhubung penerimaan hadiah melalui sebuah kelab sukan dan kebajikan di mana pegawai atau jabatan menerima hadiah untuk majlis tertentu.

“Keputusannya, satu surat nasihat telah dikeluarkan kepada jabatan berkenaan supaya merujuk peraturan yang ditetapkan selain diminta mengambil tindakan dalaman termasuk tindakan tata tertib,” katanya kepada pemberita di sini.

Moh Samsudin menjelaskan hadiah hanya boleh diterima jika ia tiada kaitan dengan tugas rasmi penjawat awam.

Sementara itu, Abdul Karim berkata sebahagian besar daripada lebih 4,000 kakitangan Perpaduan di seluruh negara telah melakukan Ikrar Bebas Rasuah.

Untuk rekod, sebanyak 33 jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri di Kelantan telah mengadakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah tahun lepas manakala 15 jabatan telah melakukan ikrar sehingga Mac tahun ini.


Terdahulu, beliau menghadiri majlis Aspirasi Warga Perpaduan Kelantan Bersama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Negeri Kelantan hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Perpaduan Abdul Karim Abu Seman dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Perpaduan Kelantan Sukri Omar.

Selain itu, majlis turut menyaksikan lafaz ikrar bebas rasuah oleh 278 warga Perpaduan Kelantan dan 455 anggota jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori