• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: Jurutera, Isteri Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang jurutera syarikat minyak dan isterinya direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM361,000 dalam projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang, Sabah, tiga tahun lepas.

Perintah reman sehingga 11 Mac itu dikeluarkan Majistret Khir Nizam Jemari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut laporan media yang memetik sumber SPRM, suami isteri tersebut yang masing-masing berusia 58 dan 49 tahun ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 2 petang semalam.

Suspek yang ketika itu merupakan pengurus kawalan kualiti dan analisis kualiti (QA&QC) dalam projek berkenaan, disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada subkontraktor sebagai upah untuk suspek melantik syarikat subkontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pengujian paip.

Menurut sumber SPRM lagi, pembayaran tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya.

Setakat ini SPRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes itu dan 12 rakaman pernyataan telah diambil daripada individu-individu berkaitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: juruteraKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd