• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Elaun Untuk Anggota APM Sangat Wajar

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kenaikan elaun untuk anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, adalah keperluan yang sangat wajar dipenuhi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebagai anggota yang berada di barisan hadapan dalam pengurusan bencana seperti banjir, mereka sering bekerja lebih lama berbanding anggota sukarela lain dengan kadar elaun yang agak rendah sebelum ini.

Katanya sehubungan itu permintaan untuk menaikkan kadar elaun anggota APM sudah lama dibuat dan dakwaan bahawa pengumuman timbalan perdana menteri itu dibuat memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tidak benar sama sekali.

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional di atas keprihatinan ini dan kenaikan elaun ini akan memberikan kebaikan buat semua anggota APM,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pergerakan Wanita UMNO negeri di Dewan Warisan di sini, malam tadi.

Kenaikan elaun itu memanfaatkan kira-kira 2.1 juta anggota APM di seluruh negara yang sentiasa bersedia memberi bantuan awal kepada rakyat yang ditimpa bencana, di samping menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf jasa sukarelawan yang berkhidmat tanpa mengira masa, katanya. – BERNAMA

Tags: APMShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd