• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keindahan Malaysia Tiada Bandingan – Najib

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keindahan Malaysia bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga keistimewaan gaya hidup rakyat, hubungan kaum, kebebasan, keselamatan dan mobiliti sosial.

Berkongsi pengalamannya dijemput melawat pelbagai negara di semua benua di dunia sebagai menteri kabinet dan perdana menteri, selain pernah belajar di London sejak berumur 13 tahun, katanya tiada negara lain seperti Malaysia.

Dari segi mobiliti sosial, beliau berkata kerajaan menyediakan peluang kepada rakyat untuk mendapat pendidikan seluas-luasnya melalui subsidi tidak langsung sejak peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi, sekali gus membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan mengubah kehidupan masing-masing.

“Yuran universiti awam (UA) tidak pernah dinaikkan dengan lebih 90 peratus kos ditanggung oleh kerajaan. Harga roti canai dan teh tarik pun naik, tetapi yuran pengajian tidak pernah naik.

(Bagi) setiap pelajar sekolah menengah juga, kos yang ditanggung kerajaan adalah RM8,900 dan sekolah rendah sebanyak RM8,000. Inilah antara keindahan Malaysia,” katanya pada program Siswa bersama Perdana Menteri anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Seri Perdana, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Najib berkata mobiliti sosial hasil dasar-dasar kerajaan dalam aspek pendidikan juga dapat dilihat dalam barisan jemaah menteri dan pimpinan kanan kerajaan yang sebahagian daripada mereka berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.

Memetik beberapa nama seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar, beliau berkata mereka menjadi insan berjaya kerana kesungguhan dalam menggunakan peluang yang diberikan kepada mereka.

“KSN pernah beritahu saya (dahulu) kalau hari ini dia makan ikan kembung, esoknya dia makan kuah ikan kembung.

KSP pula, ibunya terpaksa menjadi pembantu rumah untuk membiayai pendidikan anak-anaknya. Mereka tidak merungut, tetapi mereka menggunakan kesempatan dalam situasi negara yang semakin baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata keindahan Malaysia juga dilihat dari segi gaya hidup seperti budaya dan makanan tempatan, yang disifatkannya sebagai tiada tandingannya di dunia.

“Saya suka ikan patin masak tempoyak dan yang terbaharu nasi vanggey di Ipoh. Kalau pergi London, sehari dua makan makanan ‘orang putih’ boleh la, tetapi lepas itu saya cari nasi juga,” katanya sambil ketawa.

Dari segi keselamatan pula, Najib berkata beliau berasa lebih selamat di Malaysia berbanding mana-mana negara yang pernah dilawatinya.

“Semasa di New York pemandu menasihatkan saya tidak pergi ke sesetengah tempat, begitu juga di Johannesburg. Tetapi di Malaysia, Alhamdulillah secara umumnya kita rasa selamat,” katanya.

Najib berkata keindahan Malaysia juga dilihat dari segi kepelbagaian etnik yang tiada pada negara lain, dengan setiap rakyat bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing dalam suasana harmoni tanpa sebarang ketegangan seperti yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingya.

“Sambutan perayaan semua agama pun kita beri cuti sehingga Malaysia menjadi negara paling banyak cuti di dunia,” katanya sambil berseloroh cuti peristiwa turut diberikan apabila Malaysia menang dalam perlawanan bola sepak atau badminton.

Najib berkata kesemua keindahan itu juga adalah bukti bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berjaya.

Oleh itu, beliau mengajak generasi muda untuk melihat ke luar dan mempunyai minda global, namun akar terus berpaksi kepada budaya dan agama.

“Kalau lihat sejarah, Kesultanan Melayu Melaka dahulu tersohor sebab melihat ke luar, minda mesti global tetapi akar mesti berpaksi kepada local,” kata Najib. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd