• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas 102.99 Kg Syabu Bernilai RM5.6 Juta

oleh Ahmad Albab
03/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 102.99 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5.6 juta daripada lima lelaki di Lapangan Terbang Sandakan pada Selasa lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata kesemua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun dan berasal dari Semenanjung itu ditahan pada 9.35 pagi selepas tiba dari Kuala Lumpur.

Dadah tersebut yang disorokkan di dalam bagasi yang dibawa oleh setiap suspek dikesan menerusi mesin pengimbas di kaunter pemeriksaan balai ketibaan, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya syabu terbabit ditemui berbalut empat lapisan plastik, kertas logam, kertas karbon dan kajang aluminium dipercayai bagi mengelakkan dikesan mesin pengimbas.

“Kita ada mesih pengimbas canggih dapat mengesan bungkusan dadah dalam beg bagasi, selain pengurusan risiko mengenal pasti gerak geri penumpang yang meragukan,” katanya.

Sehubungan itu katanya kelima-lima lelkai tersebut ditahan dan kemudian direman 12 hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Subromaniam berkata kes itu adalah yang kedua bagi JKDM Sabah tahun ini melibatkan cubaan penyeludupan melalui jalan udara.

Beliau juga berkata kes itu menunjukkan trend penyeludup dadah kini menggunakan penerbangan domestik berikutan pemeriksaan ketat yang dikenakan bagi perjalanan antarabangsa.

Penyeludup beranggapan perjalanan domestik kurang berisiko kerana pemeriksaan tidak seketat perjalanan antarabangsa, katanya.

Bagaimanapun kata Subromaniam, JKDM telah mengeluarkan arahan agar pemeriksaan ketat dilakukan terhadap penumpang yang menaiki penerbangan domestik, khususnya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Tags: KastamSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd