• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Sasar Bina 30 PAWE Menjelang Hujung Tahun

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat menyasarkan untuk membuka 30 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya Mohd Fazari Mohd Salleh berkata sehingga kini terdapat 59 PAWE di seluruh negara yang berfungsi sebagai tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

“Kami menyasarkan kalau boleh nanti setiap Parlimen akan ada sekurang-kurangnya satu PAWE bagi meluaskan kemudahan untuk kesejahteraan warga emas. Sehingga kini, terdapat lebih 35,000 warga emas yang telah berdaftar dengan PAWE,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Menurutnya, PAWE merupakan satu cabang di bawah Inisiatif ‘Beautiful Life for Seniors’ iaitu usaha kerajaan untuk membantu warga emas yang berumur 60 tahun ke atas memperoleh kehidupan produktif dan bermanfaat sesuai dengan dasar negara ke arah penuaan sihat.

“PAWE ini juga menjadi satu daripada cara untuk mengurangkan kemasukan warga emas ke dalam institusi seperti Rumah Seri Kenangan,” katanya.

Mohd Fazari berkata PAWE mengetengahkan konsep daripada komuniti kepada komuniti yang memberi peluang kepada warga emas untuk bergaul dan berkumpul bersama rakan sebaya, serta menggalakkan penglibatan daripada pelbagai pihak dan agensi.

“Warga emas yang telah berdaftar ini akan menjadi mata dan telinga kepada kami untuk melaporkan sekiranya ada warga emas yang susah dan perlu dibantu di komuniti mereka,” tambahnya.

Beliau berkata pelbagai program dilaksana di PAWE antaranya program keagamaan, rekreasi, kesihatan, terapi dan pemulihan termasuk Senamas (senaman untuk warga emas).

“Sebagai contoh Senamas, daripada 60 warga emas yang berminat untuk jadi jurulatih senaman, 36 orang telah kita tauliahkan untuk mereka mengajar senaman di PAWE. Kita beri peluang untuk mereka beraktiviti dan bersosial sesama mereka serta melibatkan juga anak muda.

“Tahun ini sahaja kita ada lebih daripada 20 siri program untuk warga emas ini. Kita ada buat program membawa mereka ke sekolah, universiti untuk bersama-sama dengan masyarakat setempat serta membawa pelajar ke PAWE di bawah program kesukarelawanan,” tambahnya.

Mohd Fazari berkata JKM juga menyasarkan untuk mendaftar 5,000 hingga 7,000 warga emas di PAWE tahun ini, dan mereka yang berminat untuk menjadi ahli perlu mengisi borang pendaftaran di PAWE yang berhampiran. – BERNAMA

Tags: JKMwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd