• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Sasar 75% Pegawai, Anggota Lulus Ujian

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 75 peratus pegawai dan anggotanya lulus ujian kecergasan fizikal dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata setiap kali ujian fizikal dijalankan, 50 peratus daripada pegawai dan anggota yang menjalaninya akan gagal.

“Saya ingatkan pegawai dan anggota supaya sentiasa memastikan kecergasan fizikal diberi tumpuan melalui membabitkan diri dengan aktiviti yang boleh membantu mereka mengekalkan stamina.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan Elaun Khas Skim Perkhidmatan berjumlah RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota agensi itu baru-baru ini.

Beliau berkata pemberian elaun itu diharap dapat meningkatkan motivasi pegawai dan anggotanya dalam memberikan perkhidmatan terbaik walaupun berdepan risiko ketika bertugas. – BERNAMA

Tags: JBPMujian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

52 Rampasan Senjata Api Di Kelantan 3 Tahun Lepas

Next Post

Ceroboh Rumah Salman Khan Menyamar Jadi Isteri

Related Posts

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

04/02/2025
0

KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan...

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Next Post

Ceroboh Rumah Salman Khan Menyamar Jadi Isteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd