Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Dahului 104...

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

‘Bukannya Teh Cina, Tetapi…’

TAKTIK lelaki menyembunyikan dadah bernilai RM310,000 di ruangan tersembunyi di dalam kereta mewahnya...

Lebih 33,000 Orang Masih...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33,193 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Jamal Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Jangan Timbulkan Kekacauan Di Langkawi – Polis

LANGKAWI – Polis akan mengambil tindakan segera untuk membanteras sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti memandangkan pulau peranginan ini merupakan salah satu kawasan panas PRU14.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini termasuk memantau bahan-bahan yang disebarkan melalui media sosial.

“Pihak Polis akan bertindak serta-merta berdasarkan undang-undang yang ada dan saya meminta semua pihak supaya jangan menggunakan media sosial untuk mengirim bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Polis ke-211 yang diadakan di Ibupejabat Polis Daerah Langkawi.

Menurutnya perancangan Polis untuk menghadapi pilihan raya ini cukup sistematik dan rapi dengan melibatkan anggota-anggotanya menjalani kursus tambahan di Alor Setar dan Kuala Lumpur.


Kawasan Langkawi dijangka menjadi medan persaingan sengit dalam pilihan raya ini berikutan ura-ura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan bertanding di kawasan Parlimen di sini. – BERNAMA

Kategori