• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Salah GST Semata-Mata Kos Hidup Tinggi

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan kos hidup tidak boleh disalahkan semata-mata hanya kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“Ia hanya untuk mengalihkan tumpuan. Kadang-kadang GST tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya semasa ditanya mengenai persepsi umum bahawa kos hidup tinggi adalah disebabkan pelaksanaan cukai tersebut.

“Pendapatan rakyat perlu meningkat. Kita perlu meningkatkan produktiviti, tahap pendidikan dan kemahiran mereka. Kita perlukan industri kita meningkatkan rantaian nilai agar mereka boleh mewujudkan pekerjaan dengan bayaran gaji yang baik,” katanya pada taklimat bersama para Editor Kanan pada Selasa menjelang pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 BNM pada hari ini.

Muhammad berkata masalah rakyat tidak boleh dilihat daripada hanya satu perspektif.

“Kerana jika pendapatan mereka tidak sebanyak yang sepatutnya, ia akan mencetuskan masalah lain. Isu rumah mampu milik adalah disebabkan oleh pendapatan rendah. Pendapatan tidak cukup untuk menampung peningkatan pantas harga rumah,” jelasnya.

Beliau berkata berdasarkan kepada pemerhatian bank pusat, perbelanjaan kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) meningkat sebanyak enam peratus manakala gaji meningkat sebanyak 5.5 peratus.

“Jika kita benar-benar menjadi kaya, jenis pekerjaan yang kita wujudkan perlulah berkualiti. Kita tidak boleh mewujudkan pekerjaan yang hanya menarik pekerja asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd