Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tol Percuma Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR – Syarikat Konsesi Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengumumkan...

Mayat Guru Terjatuh Dalam...

MIRI - Mayat seorang guru lelaki yang terjatuh daripada bot panjang yang dinaikinya...

Mahu Isu Tamat, Fazura...

Jika semalam, Sara Ali memohon agar media tidak lagi mencanangkan kisah kedinginan hubungannya...

Banjir: ATM Sedia Tambah...

JITRA – Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan...

“Jangan Buat Spekulasi Mengenai Gelaran Datuk”

PENGARAH, Datuk Farid Kamil menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi liar berhubung status Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya.

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat, Farid menjelaskan bahawa sehingga kini beliau masih belum menerima apa-apa maklum balas rasmi berkaitan penggunaan pingat kebesaran negeri tersebut.

“Berhubung kontroversi terbabit, saya belum dapat apa-apa maklum balas secara formal mengenai gelaran yang dianugerahkan kepada saya itu,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Farid merupakan antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pada 16 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, status tersebut mula menjadi pertikaian segelintir pihak selepas beliau terlibat dan ditahan reman berkaitan kes dadah di sebuah balai polis di Petaling Jaya, Selangor awal tahun ini.

Sementara itu, Farid meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan daripada belakang.

“Isteri saya (Datin Diana Danielle) faham apa yang berlaku dan dia sentiasa beri sokongan. Cuma anak-anak susah untuk jelaskan kepada mereka,” ujar Farid.

Pada 11 Januari, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan dan difahamkan, kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.


Susulan itu, Farid direman selama empat hari bagi bantu siasatan berhubung kes berkenaan dan didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan ganggu tugas penjawat awam.

Farid namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori