• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Pantang, Nora Mahu Turunkan 18 Kilogram!

oleh
22/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, baru sebulan selepas melahirkan cahaya mata kedua, pelakon cantik manis Nora Danish kini sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram!

BACA:Bersalin Pun Cantik, Nora Selamat Lahir Bayi Lelaki

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 36, akui bahawa sejak dia mengandung, berat badannya telah naik sebanyak 10 kilogram.

Jadi selepas melahirkan putera keduanya iaitu Mohamed Neqayl, Nora sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya.

Bagaimanapun, pelakon drama Tentang Dhia itu juga mengakui bahawa proses pemulihan kali ini lebih mudah daripada tempoh berpantang anak pertamanya yang dahulu kerana dia cuma mengamalkan cara berpantang secara tradisional.

“Jika diikutkan, sama saja proses berpantang kali ini. Cuma keadaan lebih mudah kerana saya dijaga selama 44 hari oleh kumpulan penyedia khidmat itu.

“Jadi, segala urusan seperti bertungku, berurut, sauna, pilis, lulur dan sebagainya diuruskan mereka,” katanya dipetik daripada BH Online.

Walaupun berjaya ‘melenyapkan’ sebanyak 10 kilogram, kini Nora bercadang untuk menurunkan lagi sebanyak 8 kilogram bagi mendapatkan semula bentuk badan idealnya.

Nora telah selamat melahirkan putera keduanya pada 22 Februari lalu di sebuah hospital swasta dekat ibu negara.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai dan hasil perkahwinan selama dua tahun, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Ryqal.

Kini, kehidupan Nora bertambah bahagia selepas dia menemui lelaki yang benar-benar mencintainya iaitu Nedim dan kehidupan mereka bertambah meriah selepas kehadiran Neyqal atau lebih mesra dipanggil Ney Ney. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: NEDIM NAZRINetizenNora Danish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd