• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Isu Terlalu Sensitif, Banyak Hati Perlu Dijaga” – Ziana

oleh Haris
28/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, kita dikejutkan dengan dengan berita mengenai berita mengenai penangkapan suami kepada penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain yang dituduh mencederakan anak mereka sebelum dibebaskan melalui ikat jamin.

Kejadian itu menyebabkan para netizen masih tertanya-tanya akan situasi terkini pasangan suami isteri itu memandangkan kedua-duanya mengambil pendekatan berdiam diri selama ini.

Jelas Ziana, kemelut yang melanda rumah tangganya itu perlu ditangani secara berhati-hati olehnya demi menjaga perasaan banyak pihak.

Tindakan Ziana yang jarang mengeluarkan kenyataan selama ini diambilnya kerana kes itu disifatnya sangat sensitif kerana membabitkan prosiding mahkamah selepas tuduhan ke atas suaminya itu.

Ujarnya, setiap keputusan yang perlu dibuatnya harus difikirkan secara bijak terlebih dahulu bagi memastikan tidak ada hati yang terluka.

“Pihak saya dan dia (suami), masing-masing perlu ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya.

“Lagipun, perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi ia sangat sensitif. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan, kami perlu berfikir masak-masak memandangkan ada banyak hati yang perlu dijaga,” katanya memetik portal BH Online.

Mengulas mengenai keterbukaannya dan keberaniannya berdepan orang ramai di saat kisah peribadinya menjadi tumpuan ramai, Ziana berkata perkara itu akan sentiasa dilakukan kerana dia sangat menghormati kerjaya seninya.

“Saya perlu kuat kerana ini adalah periuk nasi saya. Tuhan itu maha kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan nanti. Dalam hal ini, saya lebih suka mengikuti apa yang sudah direncanakan untuk kita,” tutur kakak kepada Anuar Zain itu.

Ziana ditemui akhbar tersebut selepas menjayakan rakaman program Konsert Dimensi Legenda Raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam.

Pada 24 Februari lalu, suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan selepas Ziana membuat laporan polis terhadap suaminya itu pada 27 Februari.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: penyanyiZiana Zain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd