• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Selangor Tahan 160 PATI Di Semenyih

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua kanak-kanak antara 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor atas pelbagai kesalahan, dalam empat operasi berasingan di Semenyih, dekat sini awal pagi tadi.

Pengarahnya, Omran Omar dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua PATI terbabit ditahan di dua pusat urut dan kecantikan serta dua rumah kongsi dalam operasi selama empat jam bermula 11 malam tadi.

Beliau berkata dalam Ops Gegar di dua pusat urut dan kecantikan itu, 19 PATI wanita diperiksa sebelum 10 daripadanya ditahan manakala bagi Ops Ikrar di dua rumah kongsi pula, sejumlah 150 PATI ditahan hasil pemeriksaan ke atas 255 warga asing.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 125 lelaki iaitu 72 warga Indonesia; Bangladesh (47) serta Myanmar (enam) manakala 33 wanita pula merangkumi 24 warga Indonesia serta sembilan warga Thailand.

Seorang kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan yang ditahan di rumah kongsi itu juga adalah warga Indonesia dan kesemua tahanan berumur antara satu hingga 55 tahun, tambah beliau.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 122 PATI tidak mempunyai permit yang sah; 20 lagi tinggal lebih masa dan sembilan didapati melanggar syarat pas di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Sembilan lagi PATI dibebaskan kerana permit yang dimiliki masih sah dalam sistem Imigresen,” katanya.

Omran dalam pada itu berkata dalam operasi itu juga, seorang lelaki tempatan dipercayai majikan turut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melindungi warga asing dan kesemua tahanan dihantar ke depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan Imigresen Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan memberi amaran kepada pekerja atau majikan supaya tidak melanggar undang-undang berkaitan atau bersedia dikenakan hukuman sebat sekiranya didakwa di mahkamah. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd