• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Gempur Operasi Inap Desa, 28 Warga Bangladesh Ditahan

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur operasi penginapan sewa atau inap desa tidak sah yang diuruskan warga Bangladesh di kawasan penginapan elit di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur, semalam (8 Mac).

Unit Quick Responds Team (QRT) Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa bersama Bahagian Operasi Jabatan Imigresen mengadakan operasi itu bermula 11.45 malam terhadap warga asing yang disyaki menjalankan perniagaan penginapan tanpa memiliki kebenaran sah dan menggaji pekerja asing tanpa permit dan pas yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi membabitkan tujuh syarikat yang berakhir kira-kira 4 pagi hari ini itu, seramai 28 lelaki warga Bangladesh yang disyaki bekerja sebagai ejen, pengurus syarikat dan rakan kongsi bagi perniagaan ditahan.

“Hasil maklumat awal daripada tangkapan itu mendapati lima daripada tujuh syarikat yang menjalankan perniagaan ini dimiliki warganegara asing, dipercayai mereka menyewa unit-unit apartment secara jangka panjang daripada pemilik sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setiap pengusaha mempunyai hampir 20 unit apartment dan mengiklankan rumah penginapan tersebut dalam media sosial serta laman web perhotelan.

Mustafar berkata mereka juga didapati mengubah suai unit apartment menjadi pejabat urusan syarikat dan ada antaranya dijadikan studio muzik serta diberi sewa dengan kadar serendah RM150 hingga RM250, serta kemudahan bayaran boleh dilakukan secara tunai, terus kepada ejen terbabit ataupun secara dalam talian.

Selain itu, hampir RM29,000 wang tunai hasil sewaan, kad akses dan dokumen berkaitan sewaan apartment turut dirampas dalam operasi tersebut.

Beliau berkata kebanyakan mereka yang ditahan disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Lawatan Sosial (PLS), tinggal lebih masa serta kesalahan lain mengikut Akta Imigresen 1959/63 (AKTA 155).

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan, katanya.

Mustafar berkata siasatan dilakukan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATISOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

Tags: ditahanOperasi Inap Desa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd