• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikrar Heret Pesalah Rasuah Ke Muka Pengadilan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi mengulangi ikrarnya untuk terus mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kes rasuah dan salah guna kuasa berpunca daripada perasaan tidak amanah yang seterusnya menafikan hak rakyat.

“Hak rakyat tidak sampai menyebabkan mereka kecewa dan marah…SPRM akan menyiasat dan mengheret pesalah ini ke muka pengadilan. Ini adalah janji SPRM kepada rakyat,” katanya.

Dzulkifli berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra SPRM bersama Masyarakat Chini di Dewan Dato’ Shahbandar di Felda Chini 3 di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, Pengarah SPRM Pahang Datuk Azmi Kamaruzzaman dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairudin Mahmud.

Beliau juga mengingatkan supaya penjawat awam melaksanakan tugas dengan amanah dan menjauhi semua anasir yang boleh membuka peluang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Dzulkifli menambah SPRM juga memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat dalam usaha mereka, khususnya dalam menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan rasuah.

Katanya, rakyat tidak perlu berasa takut untuk bertemu dan memberikan maklumat kepada SPRM.

“Pintu kita sentiasa terbuka untuk rakyat. SPRM sendiri melakukan pelbagai program yang mendekatkan kita dengan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd