• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Didakwa Tuduhan Menipu RM39,469

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menipu dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud melibatkan kerugian sebanyak RM39,469, tahun lalu.

Pengakuan Umi Morny Mokhtar, 32, direkodkan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Wan Norfazila Wan Zainal Adzwan, 44, antara jam 12.01 tengah malam 4 Julai 2017 sehingga jam 11.59 malam, 7 Julai 2017.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kediaman mangsa di Taman Tas Ria di sini, sehingga mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang tersebut.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Mohamad Hamizey Mohd Taib memohon supaya jaminan sebanyak RM10,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kepada RM4,500 kerana anak guamnya kini tidak bekerja.

“Tertuduh juga perlu menanggung seorang anak berusia empat tahun,” katanya.

Tengku Eliana membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizat Amadan. – BERNAMA

Tags: tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd