Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

2 Kematian, 108 Discaj,...

PUTRAJAYA - Dua kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

NASA Kagum Temui Bulan...

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa saintis-saintisnya menemui...

Korea Utara Digesa Hormati...

BANDUNG - Korea Utara digesa supaya menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia dalam siasatan kes...

Pelajar Nigeria Tipu Suri...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di...

Ibu Sangka JC Chee Berlakon Filem Lucah

PELAKON JC Chee mendedahkan ‘rahsia’ yang mana ibunya terperanjat apabila menonton trailer filem lakonannya kerana menganggap dia telah berlakon dalam filem lucah.

JC Chee merupakan salah seorang pelakon bagi filem Get Hard Tongkat Ali dan trailer  tersebut sudah dilancarkan beberapa minggu yang lalu.

“Selepas beberapa jam trailer filem ini dimuat naik, mak call dengan keadaan terkejut dan bertanya kenapa saya berlakon dalam filem lucah?

“Namun hatinya mula reda apabila saya menerangkan ini cuma satu taktik pemasaran untuk menarik perhatian penonton terhadap filem ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Chee sebelum ini pernah memegang watak sebagai Tauke bagi filem fenomena tanah air iaitu Ola Bola pada sekitar tahun 2016 yang lalu.

Malah, disebabkan trailer itu, Chee memberitahu bahawa dia sudah bersedia sepenuhnya tentang sebarang tanggapan yang bakal diterima daripada penonton yang menonton filem berkenaan sejak ditayangkan semalam.

“Saya sedar pasaran filem Malaysia mempunyai had dan batas yang perlu dituruti untuk mendapat kelulusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum mana-mana filem dapat ditayangkan di pawagam.

“Lepas tengok, pasti akan okey kerana filem ini adalah filem komedi yang memberi pengajaran dan penyelesaian tentang isu mati pucuk yang dialami 1/4 lelaki di Malaysia dan ia bukannya filem lucah,” tambahnya lagi.


Walaupun terdapat banyak babak panas di dalam filem berkenaan, namun ianya bukanlah 100 peratus dilakukan secara real.

Sebaliknya ia merupakan kesan khas kamera bagi memberi impak yang berkesan kepada penonton.

“Aksi-aksi panas yang anda dapat lihat di trailer kebanyakannya menggunakan kaedah camera trick, tambahnya.

Selain membintangu filem, Chee juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama pertama lakonnanya dengan saluran tv gergasi dari China.

“Drama 40 episod bersama saluran CCTV bakal ditayangkan tidak lama lagi di China.

“Saya juga berharap dapat beraksi dalam banyak lagi drama dan filem luar negara selepas ini,” katanya lagi.

Filem Get Hard Tongkat Ali dibintangi oleh Juwei Teoh, Sarah Lian, Emily Kong dan Elvis Chin. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori