• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Elfira Terus Sindir Sufian Di Instagram, Eh Betul Ke?

oleh
17/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKIN panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi apabila ibu Elfira Loy dilihat terus mencetuskan spekulasi berhubung kisah putus tunang anaknya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi.

Memetik sumber, Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen selepas beliau terus menerus memuat naik entri yang dilihat seolah-olah cuba meluahkan apa terpendam di dada.

Dalam entri terbaharu kali ini, Filzah dilihat secara sinis menyindir dan mempersoalkan tentang sikap seorang individu yang suka menipu.

“Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?” tulisnya.

Entri dimuat naik oleh ibu Elfira.

Tidak terhenti di situ, Filzah turut memuat naik perkongsian yang berbunyi ‘kebohongan adalah awal kehancuran’ beserta ayat petikan daripada Hadis riwayat Imam Bukhari.

“Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan.

“Dia sedang menambah catatan amal buruk yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah untuk hindari kebohongan seremeh apapun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan.

Betapapun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain,” tulisnya.

Meskipun tidak mendedahkan sindiran itu ditujukan kepada siapa, namun ibu pelakon berkenaan seperti memberi bayangan luahan itu mempunyai kaitan dengan krisis pertunangan yang melibatkan anaknya.

Pun begitu, hasil tinjauan mendapati ibu Elfira yang menggunakan akaun nama Mamacat2016 di Instagram ternyata tidak menerima reaksi positif netizen yang mana rata-rata menyelar tindakan wanita itu.

Baca: Ibu Dedah Punca Elfira Dan Sufian Putus Tunang?

Secara tidak langsung keadaan itu telah membuatkan Filzah ‘bergaduh’ dengan netizen yang tidak bersetuju terhadap pendapatnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ElfiraElfira LoySufian Suhaimi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd