• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Tewaskan Ireland

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia mengejutkan Ireland dengan kemenangan 4-1 dalam perlawanan pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di Stadium Azlan Shah di sini, malam ini.

Kapten pasukan, Razie Rahim serta barisan pemain skuad kebangsaan wajar diberi pujian kerana berjaya mempamerkan aksi cemerlang dari minit pertama sehingga wisel penamat ditiup.

Kesungguhan Malaysian Tiger mahu mengalahkan pasukan ranking ke-10 dunia itu dapat dilihat melalui gol pertama Malaysia oleh jaringan Razie pada minit keempat melalui gerakan solo dari tengah padang.

Dengan jaringan itu, semangat pasukan Malaysia untuk mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan malam ini kian memuncak dan hasilnya pada minit kesembilan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menyumbat gol kedua menerusi jaringan padang.

Seterusnya, pada minit ke-24 dan ke-44, Razie sekali lagi menceriakan ribuan penyokong di stadium itu apabila menggegarkan gawang Ireland, kedua-duanya menerusi pukulan sudut penalti.

Gol sagu hati Ireland dijaringkan oleh Kirk Shimmins pada minit ke-53 menerusi jaringan padang.

Sementara itu, Jurulatih pasukan kebangsaan Stephen Van Huizen ketika ditemui selepas perlawanan berkata kemenangan malam ini amat membantu memberi keyakinan kepada para pemain untuk perlawanan seterusnya.

“Kemenangan malam ini sememangnya menaikkan moral pemain, bagaimanapun ini hanya perlawanan pertama kita masih ada baki empat perlawanan lagi.

Esok kita akan bertemu Australia yang mana semua tahu apabila bertemu pasukan nombor satu dunia itu, kita perlu fokus dari minit pertama permainan dan kurangkan kesilapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hoki Piala Sultan Azlan Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Gagal Ke Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah

28/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara terus 'berputih mata' untuk bergelar juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) buat kali pertama...

Hoki: Malaysia Longlai Di Tangan India

07/03/2018
0

IPOH - Skuad negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-5 kepada India pada aksi keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd