• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Gagal Ke Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah

oleh
28/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus ‘berputih mata’ untuk bergelar juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) buat kali pertama sejak ia mula dianjurkan pada 1983 selepas gagal melangkah ke pentas final edisi ke-28 tahun ini.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan tetapi kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi keempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak sebentar tadi melenyapkan harapan Malaysia ke pentas final.

Enam mata dipungut Malaysia selepas empat perlawanan sudah tidak dapat memintas dua pasukan teratas iaitu India dan Korea Selatan dengan berbaki satu perlawanan, Jumaat ini.

Dua gol Korea Selatan sebentar tadi diperoleh menerusi jaringan padang Lee Namyong dan pukulan sudut penalti Jang Jonghyun pada minit ke-31 serta 35.

Gol tunggal Malaysia dihasilkan menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-46.

Malaysia perlu mengelak daripada tewas kepada Kanada pada aksi terakhir Jumaat ini untuk menjamin tempat beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. – K! ONLINE

Tags: Hoki Piala Sultan Azlan Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hoki: Malaysia Longlai Di Tangan India

07/03/2018
0

IPOH - Skuad negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-5 kepada India pada aksi keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan...

Piala Sultan Azlan Shah: Australia Ketepi India 4-2

07/03/2018
0

IPOH – Pasukan terbaik dunia, Australia mengetepikan cabaran India 4-2 dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-27...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd