• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halau 23 Diplomat, Hubungan Britain-Rusia Makin Buruk

oleh Haris
15/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN Britain dengan Rusia menjadi semakin buruk ekoran kes keracunan bekas perisik Rusia, Sergei V. Skripal dan anak perempuannya yang kini tenat di hospital.

Menurut Perdana Menteri Britain, Theresa May, negara itu menghentikan semua hubungan peringkat tertinggi dengan Rusia dan menghalau 23 diplomat Rusia dari Britain, yang diberi masa seminggu untuk keluar.

Tindakan menghalau diplomat Rusia ini ialah yang terbesar sejak lebih 30 tahun lalu semasa Britain dan Kesatuan Soviet bermusuh semasa Perang Dingin.

Pada 1985, 31 diplomat Rusia dihalau dari Britain selepas agen Rusia, ketua biro KGB di London, Oleg Gordievsky berpaling tadah.

May juga mengumumkan yang kerajaan Britain bersetuju mewujudkan kuasa baharu untuk mengekang aktiviti perisik asing di Britain, dan pada masa sama menarik balik jemputan kepada Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov untuk melawat London.

Lavrov menafikan sekeras-kerasnya dakwaan May itu, mengatakan Rusia tidak ada kena-mengena dengan insiden itu dan mendakwa Britain sengaja mencetuskan satu “drama politik”.

Skripal, bekas pegawai perisikan Rusia dipenjara pada tahun 2006 atas kesalahan menjual rahsia kepada pihak British. Pada 2010, beliau dihantar ke Britain sebagai satu perjanjian pertukaran perisik antara kedua-dua negara.

Skripal, 66, dan anaknya Yulia, 33, ditemukan dalam keadaan lemah tidak sedarkan diri di sebuah bangku taman di bandar Salisbury pada 4 Mac lalu.

Kes ini menambah senarai keracunan perisik Rusia berprofil tinggi di Britain, selepas pembunuhan Alexander Litvinenko pada 2006, bekas perisik Rusia yang diracun dengan bahan radioaktif di London.

Rusia menafikan terlibat dalam insiden ini dan duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya berkata Britain perlu mengemukakan “bukti material” untuk menyokong dakwaannya.

May dilihat berdepan suasana agak sukar dalam menangani isu ini pada masa Britain telah mengambil keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai hubungan baik dengan Rusia.

London walau bagaimanapun disokong kuat oleh duta AS ke PBB, Nikki Haley yang berkata Washington berdiri teguh bersama Britain dalam hal ini, selari dengan hubungan istimewa kedua-dua negara.

“AS percaya Rusia bertanggungjawab dalam serangan ke atas dua orang terbabit menggunakan agen saraf gred tentera,” kata Haley dalam satu sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB.

Kenyataan Haley itu ialah yang paling keras dikeluarkan dari pentadbiran Trump. – Agensi/Mynewshub.cc/H

Tags: Perdana Menteri Britain Theresa MayperisikanRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd