Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Pendakwaan Kes SRC Mohon...

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Safiq Cabar Liridon Pamer...

CYBERJAYA - Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim, mencabar pemain naturalisasi baharu negara...

Tragis, Pelancong Maut Terkena...

HASRAT seorang pesara menghabiskan usia tuanya dengan mengembara dan menikmati pemandangan di sebuah gunung...

Konon Tak Sedar Hamil,...

WASHINGTON DC - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan...

Guru Perlu Peka Perubahan Sikap Pelajar – Chong

SEREMBAN – Guru perlu lebih peka dengan setiap perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabkan mereka bertindak di luar batasan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata selain guru, ibu bapa dan masyarakat juga perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan kejadian yang tidak diingini dapat dibendung.

“Guru-guru, ibu bapa dan semua masyarakat perlu bekerjasama untuk memberi maklumat kepada pihak sekolah sekiranya mereka mengetahui ada percubaan pelajar yang ingin membunuh diri kerana menghadapi tekanan emosi supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

“Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya memberi tekanan berlebihan kepada anak-anak sehingga mereka mengalami masalah emosi tidak stabil hanya kerana kita inginkan mereka untuk mendapat keputusan yang baik,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program kenduri rakyat dan Mesyuarat Agung Tahunan Taman Desa Kiara, Sikamat, dekat sini.


Chong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa seorang pelajar tahun empat mengalami tekanan emosi akibat desakan ibu bapa sehingga membuat keputusan untuk membunuh diri.

Mengulas lanjut, beliau berkata kecemerlangan pelajar tidak seharusnya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata, malah perlu turut mengambil kira dari aspek lain seperti akhlak, sahsiah, kebolehan menyelesaikan masalah serta keyakinan diri.

Terdahulu, pada program itu, seramai 22 asnaf menerima bantuan barangan keperluan seperti beras, gula, garam, minyak, tepung dan susu daripada Chong. – BERNAMA

Kategori