• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.6 Juta Naik Taraf 4 Sekolah Daif Di Kuala Pilah

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM2.6 juta untuk menaik taraf empat buah sekolah daif di sekitar daerah ini.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata empat sekolah itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chun, Dangi; SJKC Yuk Hua, Juasseh; Sekolah Kebangsaan Tapak, Batu Kikir dan Sekolah Kebangsaan Inas, Johol.

“Masing-masing diberi peruntukan sebanyak RM826,000, RM500,000, RM788,000 dan RM500,000, di bawah Projek Sekolah Daif Kementerian Fasa 1 (2018).

“Ini adalah peruntukan yang diluluskan tetapi angka terakhir akan ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya bila mereka membuka tender dan melantik kontraktor,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan bangunan tambahan dan pintu gerbang SJKC dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hua di sinihari ini.

Turut hadir Anggotai Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan dan Integrasi Nasional negeri Datuk Ismail Lasim.

Chong berkata empat sekolah daif itu dipilih berdasarkan maklumat yang diberikan oleh wakil rakyat daerah ini kepada pihaknya.

“Ini merupakan usaha sama ADUN dan Ahli Parlimen kerana keadaan daif bilik darjah dan tandas perlu ditingkatkan kemudahannya,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata SJKC dan SMJK Chung Hua telah menerima peruntukan khas daripada KPM bagi melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur berjumlah RM1.5 juta sejak tahun 2012.

“Saya telah dibawa melihat keadaan sekolah dan banyak kemudahan yang dinaik taraf, antaranya pagar sekolah dan peralatan makmal sains,” katanya. – BERNAMA

Tags: Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KRT Berperanan Jaga Keharmonian Penduduk

16/04/2018
0

SEREMBAN - Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) amat penting bagi menjaga keselamatan penduduk setempat dalam usaha mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai...

Guru Perlu Peka Perubahan Sikap Pelajar – Chong

17/03/2018
0

SEREMBAN - Guru perlu lebih peka dengan setiap perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabkan mereka bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd