• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Sempadan Baharu Jika Warta Sebelum Bubar

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEDIA… Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengguna pakai kawasan persempadanan yang baharu jika diwartakan sebelum Parlimen dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Demikian ditegaskan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen #jomkitasemak dan #jomkitaundi anjuran SPR di Universiti Malaysia Perlis di Arau hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pihak SPR akan membawa usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan di Dewan Rakyat untuk mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“SPR hanya perlu masa sehari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Pertuan Agong dan selepas itu draf tersebut akan menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk perjalanan PRU ke-14,” kata Mohd. Hashim.

Beliau turut berkata persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya perlu dibuat berdasarkan kepada kemajuan serta pembangunan demografi sesebuah kawasan dan pertambahan penduduk.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan negatif oleh parti-parti politik khususnya pembangkang bahawa proses tersebut dilakukan konon bertujuan untuk memenangkan calon parti pemerintah pada PRU ke-14.

Katanya persempadanan semula itu sepatutnya telah diluluskan sejak dua tahun lepas namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan perkara itu tertangguh. – BERNAMA/HAA

Tags: Hashim AbdullahPRUSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd