• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bukan Asing Kepada Kebanyakkan Negara Di Dunia

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), juga dikenali sebagai Cukai Tokokan Nilai (VAT), telah dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia sebagai sumber hasil negara.

Oleh itu, Malaysia tidak terkecuali.

Bergantung kepada negara, kadar boleh dikenakan sehingga setinggi 28 peratus dan Malaysia merupakan antara negara yang melaksanakan cukai penggunaan itu pada 1 April, 2015, pada angka satu digit iaitu 6.0 peratus.

Pelaksanaan GST itu adalah tepat pada masa dan dilaksanakan semasa Malaysia berdepan dengan penurunan harga komoditi.

Sejak Jun 2014 harga minyak bahan api mentah berada sekitar US$50 setong, separuh daripada paras stabil US$100 antara 2010 dan pertengahan 2014.

Pelaksanaan GST kesudahannya berjaya mengurangkan penyusutan hasil negara bukan sahaja daripada minyak fosil mentah tetapi juga minyak sawit yang menyaksikan harga komoditi itu jatuh di bawah US$550 setan metrik.

Suka atau tidak, nampaknya GST telah terbukti menjadi penyelamat kepada ekonomi Malaysia dengan menyumbang kira-kira 18 peratus kepada keseluruhan hasil.

Meskipun hasil daripada komoditi semakin pulih, GST memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan negara dalam tempoh tiga tahun lepas.

Hasil daripada GST telah berjaya disalurkan ke beberapa bahagian dan penerima terbesar adalah kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), isi rumah yang memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

B40 juga merupakan kumpulan sasaran yang menerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), bantuan kewangan yang diberikan setahun sekali.

Rakyat Malaysia dikategorikan ke dalam tiga kumpulan pendapatan berbeza, iaitu 20 peratus Teratas (T20), 40 peratus Pertengahan (M40) dan B40.

Untuk berada dalam kumpulan T20, isi rumah perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM13,148, manakala bagi kumpulan M40 pendapatan sehingga RM6,275.

Tahun ini sahaja, terdapat kira-kira tujuh juta penerima BR1M yang melibatkan pembayaran RM6.3 bilion.

Ketua Penyelidikan Serantau, Asia Tenggara Global Research of Standard Chartered, Edward Lee berkata GST adalah punca hasil sangat penting bagi kerajaan Malaysia.

“Jika kita lihat kepada hasil GST itu sendiri dan dibandingkan dengan hasil komoditi, jelas ia lebih kukuh dan stabil.

“Dengan kata lain, ia memudahkan kerajaan untuk merancang, apabila anda mempunyai arus pendapatan yang lebih stabil,” katanya kepada Bernama.

Lee berkata demikian semasa ditanya mengenai idea untuk menghapuskan GST dan kesannya kepada ekonomi Malaysia.

Sebelum 1 April, 2015, tidak ada VAT atau GST di Malaysia. Sebaliknya Malaysia mengenakan Cukai Jualan 10 peratus dan Cukai Perkhidmatan 6.0 peratus. – BERNAMA

Tags: GSTNEGARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

17/06/2026
0

LIPIS - Sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara...

Reformasi Akan Menghasilkan Masa Depan Yang Lebih Baik – Aiman Athirah

Reformasi Akan Menghasilkan Masa Depan Yang Lebih Baik – Aiman Athirah

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bukan semua perubahan boleh dirasai dalam sehari, tetapi reformasi yang betul hari ini akan menghasilkan masa depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd