• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Penjawat Awam Tunai Tanggungjawab Mengundi

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman menggesa kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara supaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata sebagai kelompok yang bertanggungjawab memacu pembangunan negara, penjawat awam harus mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuklah mereka yang terlibat dalam politik.

“Kita percaya kakitangan awam bijak dalam menentukan kehendak mereka sendiri…keluarlah mengundi dan siapa yang belum berdaftar sebagai pengundi, pergilah daftar dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Khas Transformasi Nasional 2050 (TN50) Zon Utara di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Mengulas Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang dibentangkan kerajaan pada Jumaat, Zainal Rahim berkata laporan itu menujukkan bahawa setiap tahun, kerajaan mempunyai perancangan kemajuan ekonomi dan pembangunan yang pesat.

“Kita lihat beberapa segmen dalam laporan itu menunjukkan kita berjaya dari satu tahap ke satu tahap, contohnya, dari segi pencapaian volum ekonomi, kita sudah capai RM1.7 trilion…dengan langkah-langkah yang kita buat, kita boleh sampai RM3 trilion,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta sektor awam memainkan peranan yang sama penting dengan swasta dalam membantu kerajaan untuk mengekalkan momentum cemerlang pada masa hadapan.

Mengenai cadangan peserta wacana supaya kerajaan mewujudkan Insurans Perlindungan Perkhidmatan Awam, Zainal Rahim meminta Cuepacs supaya mengkaji perkara itu dengan mendalam terlebih dahulu.

Pada masa ini, katanya, kerajaan menyediakan bantuan perubatan yang luas untuk penjawat awam termasuk kepada anggota keluarga mereka serta pesara dan penjawat awam berstatus kontrak.

“Kalau kita amalkan konsep seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), yang ada sumbangan daripada majikan dan pekerja, kita harus timbangkan pula kesan kewangan terhadap penjawat awam jika kita buat (caruman) insurans sedemikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: mengundiPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd