Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Pihak Salah...

IPOH - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang...

Pusaka Unik Warisan Suku...

JAKARTA – Tidak ramai tahu Islam telah lama masuk ke bumi Papua lebih 500...

RTP Beri Faedah Besar...

KUCHING – Sejak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebuah program berpaksikan rakyat dilancarkan...

Al-Fatihah… Ibu Mawi Meninggal...

RAMLAH SARLAN, ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi telah menghembuskan nafasnya...

Gerakan Senaraikan Calon Bawah 40 Tahun Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon-calon muda yang berusia di bawah umur 40 tahun untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata hampir 70 peratus calon-calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding pada pilihan raya.

“Kami juga akan menurunkan tiga calon wanita muka baharu untuk beberapa kerusi yang telah dikenal pasti…secara keseluruhan, purata umur calon Gerakan adalah tidak melebihi 38 tahun,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan menamakan kerusi yang bakal ditandingi Gerakan kerana senarainya calon belum dimuktamadkan.

“Ada kerusi-kerusi yang bakal ditandingi Gerakan merupakan kerusi PKR dan DAP, jadi kami kena pantau dahulu pengumuman mereka sebelum mengumumkan calon-calon kami,” katanya.


Pada pilihan raya umum ke-13, Gerakan bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen namun gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dengan 19 daripadanya diwakili DAP, 10 PKR, 10 UMNO dan satu PAS. – BERNAMA

Kategori