• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Senaraikan Calon Bawah 40 Tahun Di P.Pinang

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon-calon muda yang berusia di bawah umur 40 tahun untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata hampir 70 peratus calon-calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding pada pilihan raya.

“Kami juga akan menurunkan tiga calon wanita muka baharu untuk beberapa kerusi yang telah dikenal pasti…secara keseluruhan, purata umur calon Gerakan adalah tidak melebihi 38 tahun,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan menamakan kerusi yang bakal ditandingi Gerakan kerana senarainya calon belum dimuktamadkan.

“Ada kerusi-kerusi yang bakal ditandingi Gerakan merupakan kerusi PKR dan DAP, jadi kami kena pantau dahulu pengumuman mereka sebelum mengumumkan calon-calon kami,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Gerakan bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen namun gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dengan 19 daripadanya diwakili DAP, 10 PKR, 10 UMNO dan satu PAS. – BERNAMA

Tags: Teng Chang Yeow
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Mohamed Salah Setanding Lionel Messi?”

Next Post

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

Related Posts

Kes Saman Fitnah Guan Eng, Chang Yeow Selesai

06/05/2019
0

GEORGE TOWN - Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN)...

BN Sukar Rampas P.Pinang Tetapi Tidak Mustahil

08/05/2018
0

GEORGE TOWN - Kesemua calon Barisan Nasional yang bertanding di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-24 (PRU14) secara umumnya...

Next Post

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd