• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum Pekerja Mahir Dicadang RM3,500 Sebulan

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan gaji minimum tenaga kerja mahir tempatan diletakkan pada RM3,500 sebulan.

Katanya ini bagi menyamai gaji minimum yang kini dibayar kepada pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia, selain sebagai usaha untuk menggalak lebih ramai anak muda menceburi jurusan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) .

“Tentunya kita mesti menaikkan kadar gaji minima pekerja mahir ini sekurang-kurangnya menyamai gaji yang ditawarkan kepada pekerja mahir daripada luar negara,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Ekspo TVET yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Beliau juga mensasarkan kadar gaji minimum itu akan meningkat kepada RM5,000 sebulan menjelang 2030.

Ahmad Zahid berkata gaji minimum yang ditawarkan kepada pekerja mahir tempatan sekarang adalah sekitar RM1,200.

“Kenapa kita ambil pekerja luar berkemahiran (gaji minimum) RM3,500. Itu dasarkan. Bagi saya ini tidak adil.

“Itulah sebab saya menawarkan diri mempengerusi dan menyelaras Majlis TVET Malaysia kerana saya mahu melihat produk TVET Malaysia mendapat gaji minimum yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya kebanyakkan pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia adalah dari China dan Indonesia yang terlibat dalam bidang pembinaan.

Timbalan Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian Sumber Manusia yang berperanan sebagai koordinator program TVET Malaysia supaya menyediakan kertas memorandum kepada Jemaah Menteri untuk penubuhan Majlis TVET Malaysia.

Ia antara lain perlu usaha menyelaras semua pengiktirafan kepada bidang kemahiran yang kini diberikan pelbagai pihak di bawah badan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga menekankan pentingnya diwujudkan kerangka kemajuan kerjaya untuk graduan TVET termasuk peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya mereka bukan sahaja mempunyai kelebihan pengalaman teknikal malah kertas kelayakan professional yang membolehkan mereka mencapai kejayaan lebih tinggi.

Katanya, ia juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk mencapai 43 peratus pekerja mahir menjelang tahun 2030.

“Salah satu indikator menjadi negara maju berpendapatan tinggi ialah tenaga kerja mahirnya pada kadar 43 peratus. Jumlah pekerja mahir kita sekarang ialah 28 peratus.

“Saya yakin kita akan mencapai sasaran itu lebih awal daripada 2030,” katanya.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ekspo TVET 2018 yang berlangsung sehingga esok dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiGaji Minimum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd