• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Perlis Lancar G-War Didik Wanita Cegah Rasuah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini melancarkan Gerakan Wanita Anti Rasuah (G-WAR) untuk mendidik kaum wanita memerangi jenayah rasuah.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Shukor Mahmud berkata, G-WAR yang julung kali diadakan itu memberi tumpuan khusus kepada wanita selaras hasrat SPRM untuk mendekati masyarakat.

“Wanita adalah penyumbang penting pembangunan negara. Justeru, program ini secara tidak langsung mendidik dan mendedahkan elemen-elemen rasuah serta salah guna kuasa oleh pegawai yang berkuasa.

“Oleh itu kita mengharapkan kaum wanita memahami isu jenayah rasuah,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran G-WAR oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rela Ahmad di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Mohd Shukor berkata wanita yang mempunyai peranan sebagai ibu, kakak, dan isteri sesuai memberi teguran, nasihat dan bertanya jika mendapati suami mereka tiba-tiba memiliki barangan berharga dan wang yang banyak di luar kemampuannya.

Sementara itu, Rela dalam ucapannya menyeru kaum wanita supaya menjadi mata dan telinga bagi membantu SPRM dengan memberi maklumat demi membanteras gejala rasuah.

Katanya program-program kecil membabitkan kelompok kecil wanita akan diadakan lebih kerap kerana didapati lebih berkesan dalam memberi penerangan mengenai rasuah.

Pelancaran G-WAR itu juga bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini bertujuan menjadikan wanita penggerak utama budaya membenci rasuah dalam semua lapisan masyarakat. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd