• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Dapat Balik 16 Lot Tanah

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperoleh kembali 16 lot tanahnya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak secara rasminya hari ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.

Sementara itu, Shahrir berkata, Jawatankuasa Khas Rundingan yang dilantik 8 Februari lalu, akan mulakan rundingan penambahbaikan syarat Perjanjian Pembangunan tanah dengan pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Januari lalu, BH melaporkan FELDA akan memperoleh kembali tanahnya di Jalan Semarak tanpa kos daripada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Kontroversi membabitkan tanah FELDA tercetus selepas BH mendedahkan FELDA berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Feldaisu tanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd