• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong Dikritik Tak Pandai Speaking English

oleh
13/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon, Emma Maembong menjadi bualan hangat apabila dia sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara didakwa bertutur dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang kurang tepat.

Baru-baru ini, Emma telah memuat naik sebuah sebuah klip video mempromosi produk kecantikan jenama ibunya iaitu Janet Nicol di laman Instagram.

Coming soon at @janetnicol_hq by my mom @janet_isa ❤ #emmaMaembong #EmaVengers @emavengers full version at youtube https://youtu.be/AWbsG_tUTaQ

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Feb 21, 2018 at 12:56am PST

Apa yang menarik perhatian berhubung perkara itu adalah terdapat seorang netizen mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris ditutur Emma dan hal itu telah dikongsi oleh anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu menerusi Insta storya.

Memetik tangkap layar berkenaan, netizen tersebut dilihat mengecam cara Emma bertutur selain beranggapan susun atur dan tatabahasa yang digunakan oleh pelakon wanita itu sangat teruk.

Malah memetik sumber, netizen tersebut juga sempat ‘memerli’ pelakon itu dengan mengatakan Emma berasal daripada keluarga darah kacukan tetapi tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna.

Tidak terhenti disitu, netizen tersebut juga meminta Emma untuk memperbaiki tatabahasa dan cara sebutan dengan cara yang betul kelak.

“Hi Emma. Just wanna let you know. Your grammar is horrible. Your accent sucks. You’re a mixed blood but can’t even speak proper English. Please brush up on your grammar and pronunciation,” tulis netizen berkenaan.

Emma yang dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas sindiran itu menerusi satu kemaskini dengan mengatakan dia sama sekali tidak merasa tersinggung dengan teguran tersebut.

Tetapi, Emma berkata adalah lebih elok jika teguran itu dibuat dengan cara berhemah dan lebih sopan kerana budi bahasa itu adalah budaya kita.

Pada masa sama, Emma juga akui bahawa dia tidak fasih dalam berbahasa Inggeris dan masih dalam proses belajar selain menyatakan tidak akan berhenti daripada terus memperbaiki kelemahan diri.

Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik Emma itu dilihat terus menjadi perhatian netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Emma MaembongNetizennetizen bawang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd