• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elvina Bergelar Datin Dalam Usia 23 Tahun…

oleh
22/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUAH rezeki masing-masing… Pendatang baharu dunia hiburan, Elvina Mohamad kini bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan juga selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan.

Pernikahan aktres drama popular Cinta Si Wedding Planner berusia 23 tahun itu berlangsung dalam sebuah majlis ringkas di Taman Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

Elvina atau nama penuhnya, Norzalina Mohamad dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin Kuala Lumpur City Centre, Mohd. Radhi Abdul Ghani dengan disaksikan ahli keluarga kedua-dua mempelai.

Beliau yang juga pelakon drama Jojie Gigil itu kelihatan anggun menyarung persalinan berona putih rekaan daripada Inderaloka serta menerima mas kahwin berjumlah RM700.

Elvina turut menerima senaskhah al-Quran bagi menggantikan wang sebagai hantaran berserta tujuh dulang daripada pihak lelaki sebelum dibalas sembilan dulang daripada pihak perem­puan.

Pasangan merpati dua sejoli yang berkenalan sejak dua tahun lepas itu mula menjalin hubungan cinta sejak setahun lalu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis ijab dan kabul berlangsung.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sudah tentu saya gembira tetapi seperti tidak percaya sudah bergelar isteri orang,” ujar Elvina yang membuat keputusan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan kira-kira tiga bulan lalu.

Bercerita mengenai wang hantaran, Elvina mempunyai alasan tersendiri apabila memilih senaskah al-Quran untuk dijadikan sebagai hantarannya daripada suaminya yang berusia 32 tahun itu.

“Perkahwinan itu mudah dan mengapa kita mahu menyusahkan dengan meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi. Sebenarnya perihal wang hantaran ini saya serahkan kepada pihak lelaki.

“Pihak lelaki memilih untuk memberikan senaskah al-Quran sebagai wang hantaran dan keluarga saya menerima. Tidak perlu wang hantaran yang tinggi, cukup dengan al-Quran pun kita boleh mendirikan masjid,” katanya.

Mereka bakal diraikan dalam majlis resepsi bertemakan fantasi pada 24 Mac ini di lokasi sama, manakala majlis berinai bertemakan Bollywood berlangsung di A-Park, Puchong, Selangor pada Jumaat lalu. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Elvina Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elvina Bakal Tamat Zaman Bujang Dengan Datuk Muda

07/03/2018
0

TAHNIAH... Elvina Mohamad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati iaitu usahawan dan selebriti sukan pemotoran, Datuk Mohd...

Elvina Bengang Kena Fitnah Ada Skandal Dengan Redza

30/01/2018
0

SUDAH menjadi kebiasaan di Malaysia apabila tamat sahaja penggambaran sesebuah drama, pasti kita akan dengar cerita tentang cinta lokasi antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd