• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elvina Bakal Tamat Zaman Bujang Dengan Datuk Muda

oleh
07/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH… Elvina Mohamad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati iaitu usahawan dan selebriti sukan pemotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac depan.

Memetik BH Online, aktres yang mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu mengumumkan majlis akad nikah bakal berlangsung secara ringkas di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada jam 3 petang.

Malah difahamkan juga, pasangan berkenaan akan hanya ditunangkan kira-kira satu jam sebelum majlis akad nikah pasangan tersebut berlangsung.

Kata Elvina, dia terbuka hati untuk mengakhiri zaman bujan di usia muda selepas bakal suaminya itu dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi dirinya sebagai isteri.

“Saya percaya, soal jodoh adalah ketentuan Yang Maha Kuasa. Cepat atau lambat bukanlah kita yang menentukannya.

“Saya juga merasakan keputusan untuk berkahwin ini bukan penghalang kepada kerjaya seni, sebaliknya saya yakin ada rahmat menanti pada hari nan mendatang.

“Pihak pengurusan saya sendiri, MindOrder Sdn Bhd sudah meneliti sedalam-dalamnya keputusan ini, selain restu daripada kedua-dua ibu bapa dan keluarga.

“Alhamdulillah, mereka sentiasa menyokong dan tidak henti memanjatkan doa atas keputusan saya ini,” kata Elvina.

Elvina turut memaklumkan majlis resepsi mereka akan diadakan di lokasi sama pada 24 Mac depan dan bakal menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan.

Pun begitu, pasangan sama cantik sama padan berkenaan bersepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran mereka.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Elvina Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elvina Bergelar Datin Dalam Usia 23 Tahun…

22/03/2018
0

TUAH rezeki masing-masing... Pendatang baharu dunia hiburan, Elvina Mohamad kini bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan juga selebriti sukan permotoran,...

Elvina Bengang Kena Fitnah Ada Skandal Dengan Redza

30/01/2018
0

SUDAH menjadi kebiasaan di Malaysia apabila tamat sahaja penggambaran sesebuah drama, pasti kita akan dengar cerita tentang cinta lokasi antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd