• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Sikap Selesa Dalam Saingan Piala FA – Rajagobal

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal mengingatkan pemainnya supaya tidak berasa terlalu selesa selepas mengejutkan juara dua kali Piala FA, Kelantan 4-1 pada aksi pusingan ketiga pertandingan bola sepak berkenaan di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Sebaliknya,bekas pengendali skuad senior kebangsaan itu menuntut pemain skuad ‘Semut Merah’ supaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka dalam saingan Piala FA.

“Meskipun kami menang selesa ke atas Kelantan pada malam ini, namun ia bukan memberi pemain kedudukan yang selesa kerana kami perlu bersedia untuk peringkat yang seterusnya,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan, malam tadi.

Dalam pada itu, Rajagobal mendedahkan pemainnya mengambil mudah ancaman pasukan Kelantan pada babak kedua perlawanan sehingga memberi peluang kepada pasukan lawan untuk melancarkan serangan bertali arus dan berharap perkara berkenaan dapat diatasi pada aksi suku akhir nanti.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata khidmat Yusri Che Lah selaku pengendali sementara skuad ‘The Red Warriors’ masih dikekalkan sehingga penghujung musim ini walaupun Kelantan tersingkir daripada saingan Piala FA.

Bibi Ramjani mendedahkan KAFA akan membuat rombakan besar-besaran pemain import selain memantapkan aspek pengurusan kewangan menjelang Mei nanti.

“Sebenarnya prestasi mana-mana pasukan pun tidak stabil sebenarnya dengan pemain import ini, jadi kalau permainan pasukan kita masih di takuk lama, saya rasa satu perubahan besar-besaran perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi pasukan ini,” jelasnya.

Pada aksi di Shah Alam, PKNS FC selesa mendahului Kelantan 4-0 hasil sepakan penalti Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke-17 selain tiga gol padang daripada Mahalli Jasuli (minit ke-43), Safee Sali (minit ke-60) dan Rafael Ramazotti de Quadros pada minit ke-67.

Pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar pada masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan. – BERNAMA

Tags: Datuk K. RajagobalPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd