• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Kutuk Mahathir Firaun, Kini ‘U-turn’ Sertai PPBM

oleh
02/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSINGAN U… Meskipun pernah gelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Mahafiraun’ dan bangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pada hari ini Wan Saiful Wan Jan ‘jilat semula ludah’.

Inilah yang berlaku apabila beliau tidak semena-mena dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), iaitu salah satu daripada empat parti pembangkang dalam Pakatan Harapan yang belum sah didaftarkan.

Bukan itu sahaja, tidak sampai sejam diterima menjadi ahli seumur hidup PPBM, beliau ‘bertuah’ telah ditawarkan pula jawatan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar selain menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Dalam satu sidang akhbar memperkenalkan Wan Saiful di ibu negara pada hari ini, beliau secara terbuka mengakui pernah menggelarkan Mahathir yang kini berusia 92 tahun dan merupakan Pengerusi PPBM sebagai ‘Mahafiraun’.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu bahkan mengakui membangkang Muhyiddin ketika Presiden PPBM itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, ketika diajukan pemberita soalan cepumas mengenai tindakan pusingan U yang dibuat oleh dirinya sendiri, Wan Saiful kelihatan cuba elak daripada menjawab secara tuntas sehingga mengecewakan pihak media.

Beliau sebaliknya berdolak-dalik apabila memberitahu konon perlu lebih banyak mempelajari mengenai disiplin dalam urusan kepimpinan parti serpihan UMNO itu yang sehingga kini status mesyuarat agung tahunannya diragui.

“Apa yang penting di sini, saya orang baharu, jadi saya jangan hendak perasan bagus sangatlah. Ada perkara yang saya perlu belajar. Ada juga perkara akan beri saya peluang untuk memberi penerangan,” kata Wan Saiful.

Dalam pada itu, sumber memberitahu bahawa keputusan pihak PPBM membawa masuk beliau bertujuan untuk menjadikannya calon parti itu untuk bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ia sekali gus membuktikan PPBM sebenarnya memang ketandusan calon sendiri untuk diketengahkan sebagai wakil parti selain tidak mempunyai kepimpinan yang kukuh di peringkat akar umbi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MahafiraunPPBMWan Saiful Wan Jan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Wan Saiful Dapat Pasport Untuk Ke Jepun

Mahkamah: Wan Saiful Dapat Pasport Untuk Ke Jepun

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dibenar oleh Mahkamah Sesyen...

Wan Saiful Dakwa Ismail Sabri Semakin Mesra Rasuah, Perasuah

Wan Saiful Dakwa Ismail Sabri Semakin Mesra Rasuah, Perasuah

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa sikap Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd