• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuli OKU Dapat Balasan Serta Merta

oleh
14/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video selama 32 saat memaparkan seorang suspek membuli remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menjadi viral menerusi media sosial sejak dimuat naik malam tadi berakhir!

Dua suspek yang dikecam ramai netizen kerana tergamak memukul mangsa dengan menggunakan sebatang kayu di sebuah kawasan taman permainan dan mencuri barangan remaja itu, akhirnya dicekup polis.

Media tempatan hari ini melaporkan kejayaan itu hasil tindakan pantas pihak polis setelah menerima laporan daripada bapa remaja OKU tersebut selepas melihat video anaknya dibuli, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, dua suspek berusia 20-an itu berjaya ditahan tengah malam tadi.

“Kejadian buli dipercayai dilakukan suspek pagi semalam di taman permainan Taman Sri Kluang. Polis sudah menahan dua suspek termasuk yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat sebaik menerima laporan.

“Mangsa yang juga OKU memaklumkan kepada bapanya ketika kejadian suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg sandang yang dibawa selepas dibuli dan diugut dengan menggunakan sebatang kayu,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Nama dan identiti mangsa OKU tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: buliOKUSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd