Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Polis Trafik Keluarkan 161...

KOTA KINABALU - Polis trafik di sini mengeluarkan 161 saman atas pelbagai kesalahan...

Ujian Saringan Awal Air...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian...

Comet: Peranti Pintar Yang...

JENAMA peranti pintar yang dinobatkan sebagai 'lagenda tahan lasak' dari kebanyakkan orang ramai...

Remaja 14 Tahun &...

PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek...

Didakwa Senda Agama, Michael Mohon Maaf

SEBAB tu pepatah ada berkata, terlajak perahu boleh berundur tetapi terlajak kata apa pula tindakannya. Haaa… Buruk padahnya!

Pengarah terkenal, Michael Ang kini berhadapan dengan kritikan kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif berhubung isu pelancaran hijab oleh Neelofa di sebuah kelab malam ternama, baru-baru ini.

Susulan perkara itu, Micheal tampil mohon maaf secara terbuka berhubung isu pans tersebut dan masalah yang timbul menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Menurut Michael, beliau mohon maaf selain memberitahu video yang dimuat naik baru-baru ini tidak bermaksud untuk menghina mana-mana individu mahupun memperlekehkan agama Islam.

“Apa yang berlaku saya ambil sebagai datu ujian untuk saya atas keterlanjuran kata-kata. Pada komen yang saya padam kerana berbahasa kasar dan menghina, saya maafkan. Orang macam ni yang saya maksudkan yang alim sangat tu.

“Kalau alim betul tak akan keluar kata-kata kesat walaupun ingin marah dan nak tegur. Sekali lagi minta maaf!” tulis Michael.

Tambah pengarah itu lagi, beliau akan mengambil iktibar atas perkara yang berlaku dan menjadikan perkara tersebut sebagai satu pengajaran untuk berhati-hati dalam melontarkan kata-kata kelak.


Terdahulu, mStar Online melaporkan pengarah itu ada memuat naik sebuah video mengundang perhatian ramai apabila mendakwa mungkin tiada masalah jika selepas ini dia pula mahu menyewa pusat hiburan berkenaan untuk mengadakan majlis tahlil.

Perkara tersebut turut menarik perhatian bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail yang berpandangan tindakan Micheal itu melampau kerana dilihat seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 11,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori