• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Hanya Tahu Lompat Kawasan – Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan DAP yang sentiasa “melompatkan” calonnya yang bertanding di satu-satu kawasan pada pilihan raya umum (PRU) adalah bukti jelas parti itu tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Katanya tindakan DAP itu juga menunjukkan parti berkenaan hanya tahu “bercakap” dan memutarbelitkan fakta serta memainkan sentimen rakyat.

“Amat jelas bahawa kita (MCA) berkhidmat, kita beri ‘leadership’ dan beri pembangunan untuk rakyat tetapi DAP tak buat kerja… sampai pilihan raya, dia (DAP) nak ‘eliminate’ MCA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sim Mow Yu, di sini hari ini.

Liow diminta mengulas pengumuman DAP hari ini yang akan meletakkan Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor bertanding di kawasan Parlimen Ayer Itam pada PRU14.

“Kerja dia (Liew) hanya keluar ‘statement’ dan ‘jump’ kawasan. Sama macam Lim Kit Siang, ini lah taktik DAP. Cuba tanya (Liew) Chin Tong (selaku Anggota Parlimen Kluang), apa dia buat untuk rakyat? Bagi MCA kita sangat konsisten, bertanggungjawab untuk berkhidmat untuk rakyat and kita percaya rakyat akan sokong kita,” kata Liow lagi.

Kerusi Ayer Itam kini disandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang telah mewakili kawasan berkenaan selama tiga penggal. Dalam ketiga-tiga PRU terbabit Wee dicabar calon PAS.

Sementara itu, mengenai pecah tanah SJKC Sim Mow Yu, beliau berkata ia membuktikan kerajaan pusat amat prihatin dan komited terhadap sistem pendidikan negara yang mempunyai pelbagai aliran.

Beliau berkata pembinaan bangunan tiga tingkat berserta 24 bilik darjah yang mampu menampung kira-kira 1,000 murid di atas kawasan seluas 9.66 ekar (3.8 hektar) itu dijangka siap tahun depan.

Mengulas lanjut, Liow berkata pembinaan sekolah jenis SKJC di Johor dapat dilaksanakan dengan cepat hasil kerjasama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan pihak berkuasa tempatan berbanding di Selangor yang ditadbir pembangkang.

“Di Selangor, kerajaan pusat telah luluskan RM4 juta untuk SJKC di Pandan tapi mereka sengaja lambatkan, jadi siapa yang memperjuangkan hak rakyat sebenarnya,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Liow Tiong Lai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd