• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan PDRM ‘Pak Turut’ Tuduhan Tak Berasas

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ‘pak turut’ kepada kerajaan dan ‘makan gaji buta’ merupakan tuduhan tidak berasas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil melahirkan rasa kesal, Perdana Menteri berkata tuduhan itu dibuat bertujuan untuk melahirkan persepsi serong masyarakat terhadap pasukan keselamatan tertua negara itu.

“Terbaharu pula ada bekas pemimpin yang sudah berumur 93 tahun telah mendakwa polis kononnya yang bertanggungjawab dan bersalah kerana mendorong beliau memecat timbalan perdana menteri pada 1998,” katanya.

Najib berkata dakwaan itu bagaimanapun telah dijawab bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Mohamed Noor sebagai KPN ketika itu yang memaklumkan polis tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk memecat sesiapa pun.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Najib turut menyelar hasrat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mahu memecat kesemua pegawai tinggi dalam kerajaan hari ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Berlainan dengan pihak kerajaan, kita sebaliknya sentiasa menghargai sumbangan anggota PDRM.

“Dan saya ingin katakan bahawa kepentingan dan kebajikan PDRM akan terus diperjuangkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd