• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Terjumpa Bayi ‘Buang’, Rupanya…..!!!

oleh Haris
07/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan apabila tindakannya membuat laporan polis kononnya menemui seorang bayi lelaki di sebuah taman rekreasi di Bandar Tun Razak, di sini, semalam adalah laporan palsu.

Lapor Harian Metro, lelaki berkenaan bertindak membawa bayi tersebut ke Balai Polis Serdang untuk membuat laporan selepas mendakwa terjumpa bayi berkenaan secara kebetulan.

Jelas suspek berusia 60 tahun itu kepada pihak polis, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu kononnya dijumpainya dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di atas but keretanya selepas selesai bersenam jam 5.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, ketika mengambil penerangan lelaki tersebut, anggota polis berasa curiga dengan kenyataan yang dikeluarkan lelaki tersebut.

Setelah disoal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bahawa bayi berkenaan merupakan anaknya sendiri hasil hubungan sulitnya bersama seorang wanita yang lebih muda yang juga merupakan kekasihnya.

“Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras dengan menggunakan khidmat bidan kampung.

“Suspek kemudian terus membawa bayi terbabit ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu, bagaimanapun banyak maklumat yang diberikannya itu meragukan,” katanya memetik akhbar berkenaan.

Tambah Abdul Ghani, hasil siasatan yang lebih lanjut turut mendapati suspek sudah menjalin hubungan dengan teman wanitanya itu sejak dua tahun lalu.

Selain itu suspek warga emas itu juga sudah mempunyai keluarganya sendiri dan mempunyai enam orang anak.

Berikutan kejadian itu, lelaki tersebut dan teman wanitanya ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi.

Sementara itu, bayi berkenaan pula dihantar ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan, manakala ibu terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Tags: buang bayiLaporan Palsupak cik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

30/09/2022
0

IPOH: Polis akan menyerahkan kertas siasatan sekali gus dan menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes cubaan menculik murid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd