• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM1.7 Juta Dirampas Di Miri

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta berikutan penahanan seorang lelaki dalam sebuah serbuan pada Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal berkata suspek berumur 20-an itu ditangkap di tempat letak kereta sebuah stesyen minyak di simpang Ngu, Batu Niah Jalan Miri-Bintulu dan dipercayai seorang daripada anggota sindiket yang mula aktif mengedar dadah tahun ini.

“Dadah yang dirampas ialah methamphetamine seberat 2,578 gram, ganja (3516.38 gram), pil erimin 5 sebanyak 1,230 biji, pil ekstasi 3,568 biji dan pil dadah jenis yaba 950 biji,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rampasan dadah itu dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di simpang Ngu diikuti dan di sebuah rumah kediaman di Tanjung Lobang pada hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Amer berkata suspek telah direman tujuh hari hingga 13 Mac bagi membantu siasatan.

“Kita sedang memburu rakan-rakan suspek yang terlibat dalam sindiket tersebut, terdiri daripada warga tempatan dan asing serta sedang mengenal pasti dari mana mereka mendapat bekalan dadah tersebut,” katanya.

Beliau berkata sindiket tersebut dipercayai menjual dadah untuk pasaran bandar raya Miri sahaja dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan pek bungkusan makanan.

Turut hadir pada sidang media ialah Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah dan Ketua Polis Sibu, ACP Stanley Johnathan Ringgit. – BERNAMA

Tags: dadahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd