• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Citah Lompat Masuk, Tumpang Dalam Kereta

oleh
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI memang detik cemas apabila seekor citah melompat masuk dari belakang ke dalam sebuah kereta yang sedang dinaiki seorang pencinta safari di Taman Negara Serengeti awal bulan ini.

Britton Hayes hanya mampu berdiam diri dan ketakutan ketika haiwan itu muncul secara tiba-tiba di tempat duduk belakangnya ketika berada di taman kebangsaan Tanzania tersebut yang berkeluasan 14,750 kilometer persegi.

Bukan sekadar itu, seekor lagi harimau bintang berkenaan berjaya melompat ke atas bahagian bumper hadapan kereta dengan keadaan seperti meninjau keadaan dalam kenderaan tersebut.

Lapor portal Astro Awani, kejadian yang paling menakutkan buat Britton itu sempat dirakamnya dan telah dimuat naik dalam media sosial.

“Seekor citah yang melompat ke dalam kereta itu turut ‘menghidu’ seperti mahu memastikan kami bukan ancaman kepada mereka.

“Saya berasa saya perlu mengosongkan fikiran kerana apa yang pernah diberitahu, haiwan pemangsa seperti citah ini dapat menghidu perasaan takut,” katanya.

Nasib Britton baik apabila tidak di apa-apakan oleh dua ekor citah berkenaan yang hampir 10 minit berada di keretanya kerana perhatian mereka beralih kepada seekor rusa gazel yang berhampiran dengan kawasan terbabit.

Populasi citah di benua Afrika dan sebuah wilayah kecil di Iran hanya sekitar 7,100 ekor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini iaitu lebih sikit berbanding 14,000 ekor semasa di penghujung abad ke-20.

Keadaan sedih tersebut berlaku disebabkan habitat haiwan karnivor ini yang semakin musnah dan juga aktiviti pemburuan bagi mendapatkan kulit haiwan liar itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: citahkeretaTanzania
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AlHijrah Siar Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan

Next Post

Subsidi RBR1M Di Kelantan Sebanyak RM141.9 Juta

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

Next Post

Subsidi RBR1M Di Kelantan Sebanyak RM141.9 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd