Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Uzbekistan Isytihar Darurat Di...

TASHKENT - Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan...

Farid Kamil Farid Gagal...

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid...

2 Tren MRT Singapura...

SINGAPURA - Seramai 25 orang cedera, termasuk dua kakitangan SMRT selepas sebuah kereta...

Mansuh SOSMA Bukan Makna...

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan berpendapat bahawa cadangan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan...

AlHijrah Siar Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan

ALHIJRAH mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam.

Ini selari dengan misi selaku stesen yang memartabatkan kandungan penyiaran Islam untuk mendidik minda dan jiwa penonton setia, seterusnya memartabatkan Al-Quran dan ruang rasa sebagai stesen TV Islam Terbaik Asia.

Terbaharu, buat pertama kalinya TV AlHijrah bakal menyiarkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018 yang berlangsung dari 1 hingga 6 April 2018 bersamaan 14 hingga 18 Rejab 1439H.

Acara tahunan itu pada kali ini julung kali dianjurkan bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) dengan mendapat kerjasama daripada stesen RTM.

Tambah menarik, program Assalamualaikum akan bersiaran secara langsung dari KIP memberi liputan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada dua sesi.

Ia bakal bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari manakala untuk sesi kedua pula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sepanjang bersiaran, penonton akan ditemani oleh pengacara iaitu Ustaz Nabil Ahmad dan Mohamamed Zawazi Yusof yang akan mengulas latar belakang semua peserta yang bertanding.

Serta tidak ketinggalan sesi menemubual barisan juri dalam memberi informasi terkini kepada penonton berhubung teknik hafalan yang terbaik serta cara pemarkahan yang dinilai oleh setiap juri.

Di samping, TV AlHijrah akan berlintas langsung memberi liputan terkini Majlis Tilawah Al-Quran terus menerus dibawakan daripada Auditorium KIP dan akan dikemudikan oleh pengacara yang tidak asing lagi di TV AlHijrah.


Mereka ialah Saudara Syed Amir, Fadzli Aziz dan Hajah Dr Insyirah secara santai dan berinfomasi bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam sepanjang berlangsungnya kedua-dua majlis tersebut.

TV AlHijrah akan memberikan informasi terkini berkaitan pencapaian Qari dan Qariah dari seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan serta kupasan berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang akan diperdengarkan kepada hadirin.

Turut disiarkan ialah sesi wawancara bersama-sama dengan tokoh agamawan bagi memberi galakan dan dorongan kepada penonton TV AlHijrah untuk terus mencintai dan istiqamah dalam membudayakan bacaan Al-Quran.

Marilah bersama-sama menjayakan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara langsung di TV AlHijrah di saluran 114 dan secara atas talian menerusi platform www.alhijrahmedia.com/ dan Facebook Live.

TAJUK
Majlis Menghafaz Al-Quran

MASA
Sesi Pertama 7.30 pagi – 12.30 tenghari
Sesi Kedua 2.30 petang – 4.30 petang

TAJUK
Majlis Tilawah Al-Quran

MASA
8.30 malam – 11.00 malam

Kategori