• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Tingkat Belanja Tentera, Rekod Terbaru

oleh Haris
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBELANJAAN ketenteraan China mencapai rekod baru tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 8.1 peratus berbanding tahun 2017, membuktikan kesungguhan negara itu memodenkan keupayaan ketenteraan pada masa suasana serantau semakin tegang.

Belanjawan pertahanan 2018 ialah sebanyak 1.11 trilion yuan atau AS$175 bilion, seperti dilaporkan dalam pertemuan parlimen tahunan China.

Perbelanjaan ketenteraan China mendapat perhatian dunia yang mahu melihat peningkatan matlamat dan kemampuannya, meliputi pembangunan pesawat baharu, kapal pengangkut pesawat dan peluru berpandu antisatelit.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dilapor berkata semasa pembukaan sesi parlimen, “China akan memajukan semua aspek latihan dan persediaan perang, dan dengan tegas mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan.”

Katanya lagi, suasana keselamatan nasional yang terus berubah menuntut penguasaan penuh kepimpinan Parti Komunis ke atas tentera, pada masa sama kesatuan antara kerajaan, tentera dan rakyat mesti sentiasa teguh.

Perbelanjaan pertahanan 2018 meningkat pada masa ekonomi China tumbuh sebanyak 6.9 peratus tahun lalu, peningkatan pantas pertama sejak 2010. Tetapi China mengekalkan sasaran pertumbuhan ekonomi 2018 sekitar 6.5 peratus menurut Li, sama seperti 2017 walaupun telah melepasi sasaran tahun lepas.

Tahun lalu, perbelanjaan pertahanan ditetapkan meningkat hanya sebanyak 7 peratus kepada 1.044 trilion yuan atau suku daripada perbelanjaan pertahanan AS. Pada tahun 2016, perbelanjaan meningkat sebanyak 7.6 peratus.

Peningkatan perbelanjaan ini telah mengejutkan negara serantau, termasuk Australia.

Sam Roggeveen, Felo Pelawat di Pusat Kajian Strategik dan Pertahanan, Universiti Kebangsaan Australia di Canberra berkata peningkatan yang pantas ini mengejutkan negara-negara serantau.

“Tanda ini semua menunjukkan yang China mahu meluaskan apa yang ia sebut sebagai kemampuan pertahanan di Laut China Selatan. Saya jangka nanti kita akan melihat kapal perang dan pesawat tentera secara berkala di sana, kalaupun tidak ditempatkan secara tetap. Apa yang masih belum jelas ialah sama ada Amerika Syarikat mahu menyaingi cabaran itu.”

Para diplomat mendakwa angka sebenar perbelanjaan China disembunyikan dan perbelanjaan sebenar bagi pasukan tenteranya yang kini pasukan terbesar dunia ialah jauh lebih besar.

Pemodenan angkatan tentera China sedang dilaksanakan di bawah seliaan Presiden Xi Jinping sendiri.

Menurut seorang diplomat yang enggan dikenali, perbelanjaan sebenar termasuk perbelanjaan yang dimasukkan di bawah perbelanjaan awam, kerana China pada masa ini sedang merapatkan hubungan antara tentera dengan awam.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meningkatkan belanja ketenteraan termasuk menguatkan keupayaan nuklear bagi mengimbangi kekuatan China dan Rusia yang sedang meningkat. – Agensi/mynewshub.cc/H

Tags: Chinalaut china selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd