• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sarawak Yakin Tambah Majoriti, Rampas 4 Kerusi

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Barisan Nasional (BN) Sarawak bukan hanya yakin dapat mengekalkan 25 kerusi parlimen yang dimilikinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malah dapat menambah majoriti undi di kawasan itu selain merampas kembali empat daripada enam kerusi parlimen yang dipegang pembangkang.

Menurut Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee, empat kerusi tersebut ialah Stampin, Sarikei, Sibu dan Miri.

Keyakinan itu bersandarkan kepada prestasi BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) pada 7 Mei, 2016 yang lalu.

“Berdasarkan pilihan raya negeri yang terakhir, daripada keempat-empat kerusi, peluang adalah sama untuk kami rampas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL Zon Sarawak.

Menurut beliau BN Sarawak turut berpeluang untuk merampas kembali dua lagi kerusi iaitu Bandar Kuching dan Lanang namun peluangnya tidak sebaik empat kerusi tersebut.

Dr Annuar berkata kesemua kerusi yang dinyatakan itu dimiliki Parti Tindakan Demokratik (DAP) kecuali Miri yang dimiliki Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagi kerusi parlimen Bandar Sibu, Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata, perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina menjadi perkara pokok bagi mempastikan kemenangan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, secara matematiknya kerusi itu dapat dimenangi iaitu dari segi keputusan pilihan raya negeri yang lalu, BN menang di Bawang Assan dan Nangka dengan 4,000 dan 7,000 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 4,000 undi.

“Saya rasa cabaran yang paling penting untuk Bandar Sibu ialah perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina. Sebab kita mengetahui bahawa Bandar Sibu akan diwakili oleh komponen parti daripada bangsa Cina, saya tidak berani menyatakan di sini SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) ataupun UPP (Parti Rakyat Bersatu), itu akan diselesaikan kemudian.

“Tetapi kerusi ini untuk masyarakat Cina. Jadi perpaduan masyarakat Cina amat penting untuk mempastikan kerusi Bandar Sibu dapat dirampas oleh Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd