• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pahang Optimis Kekal Kemenangan Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang optimis dapat mengekalkan kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan usaha yang dilakukan atas prinsip kerjasama.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pendekatan secara bersama yang dilakukan BN Pahang termasuk pelaksanaan program ‘Get Out The Votes’ juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada lawatannya ke sini baru-baru ini.

Katanya, Ahmad Zahid semasa itu menyifatkan BN Pahang sebagai negeri terbaik dalam pelaksanaan program tersebut, daripada 10 negeri yang pernah dilawatinya.

“Apa yang berlaku di Pahang ialah kita bukan bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebagai satu keluarga. Tidak ada masalah antara pengerusi perhubungan dengan yang lain-lain.

Tidak ada siapa hendak tunjuk kuasa dan sebagainya… semua bekerja macam adik-beradik dan itu kekuatan kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir Komander Pangkalan Kolonel Wan Amin Wan Mahmud, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan anggota mesyuarat kerajaan negeri Pahang.

Adnan berkata di Pahang, antara perkara yang diberi penekanan ialah isu kenaikan harga barang yang mana BN Pahang memastikan rakyat mendapat pemahaman yang tepat mengenai usaha kerajaan untuk mengatasinya.

“Rakyat sudah cerdik dan terpulang kepada mereka untuk membuat penilaian dengan maklumat tepat yang mereka peroleh. Kita harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan benda tak tepat yang fitnah tapi disebabkan lebih menarik orang terus percaya.

“Ini benda yang tak seronok kerana kita seakan-akan mundur bila percaya kepada perkara tak benar. Rakyat perlu bijak dan selidik dahulu apa berita yang mereka dengar sebelum membuat keputusan,” katanya.

Mengulas lawatan itu, Adnan berkata ia sebahagian daripada tindakan kerajaan negeri mengukuhkan hubungan dengan pelbagai agensi dan jabatan di Pahang, selain berpeluang mendengar permasalahan yang dihadapi.

“Saya turut meluluskan peruntukan RM30,000 untuk Tabung Kebajikan TUDM Kuantan dan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi seorang guru di tadika di sini yang rumahnya musnah dalam kebakaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakob
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Adnan Yaakob Calon Sesuai Sebagai MB Pahang

13/05/2018
0

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan...

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

10/05/2018
0

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd