• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergiat Organisasi Sivil Sekadar Batu Loncatan?

oleh Haris
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KESUDAHANNYA semua ‘civil organisation‘ di Malaysia ini sukar dipercayai jika ia bukan bermotifkan politik. Rupanya ia adalah batu loncatan kepada seseorang mencipta nama dan populariti sebelum jadi calon pilihan raya.”

“Maka perjuangan mereka yang kononnya untuk menegakkan civil society hanya muslihat dan mati sekerat jalan. Rakyat tertipu dan mereka menjadi politikus yang lebih kuat berbohong apabila masuk politik seperti Tian Chua.”

Demikian tulis Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini mengenai perkembangan terbaru aktivis menyertai parti politik pembangkang dan bertanding pilihan raya.

Kini terbukti hampir semua organisasi masyarakat sivil yang aktif di peringkat nasional menangani pelbagai isu sangat berhubung rapat dengan politik pembangkang, sama ada melalui jaringan mahupun matlamat yang diperjuangkan.

Antara aktivis masyarakat sivil yang sertai politik
– Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS – PPBM
– Maria Chin dari BERSIH – Sertai Pakatan Harapan
– Irene Fernandez dari TENAGANITA – PKR
– Zainur Zakaria dari Majlis Peguam – PKR
– Tian Chua dari SUARAM – PKR
– Chandra Muzaffar dari ALIRAN dan JUST – PKR
– Wong Tack dari Himpunan Hijau – DAP
– Charles Santiago dari Coalition Against Water Privatization – DAP
– Elizabeth Wong dari Suaram – PKR

Yang paling jelas ialah sasaran mereka mesti melibatkan kerajaan Umno dan BN, yang kemudian menjadi bahan kempen oleh parti-parti pembangkang.

Organisasi itu bekerjasama dengan parti politik pembangkang mengangkat isu tertentu, dan sering dilakukan menjelang pilihan raya untuk memberi impak kepada kempen mereka.

Organisasi seperti Bersih menunjukkan dengan terang bagaimana aktivis dan ahli politik pembangkang bekerjasama.

Kemasukan Wan Saiful Wan Jan dan Maria Chin ke dalam politik bersama parti pembangkang mengesahkan lagi kerjasama ini. – Mynewshub.cc/H

Tags: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashipakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd