Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Ahmad Maslan Akur Arahan...

BUTTERWORTH - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan...

Proton Beri Baucer Servis...

KUALA LUMPUR – Kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31...

Pasukan Kelantan Bakal Ada...

KUALA LUMPUR - Hebat!... Itu ungkapan yang boleh digambarkan berhubung perkembangan terbaharu bola...

Shahidan: Penguatkuasaan Sosma Perlu...

JERANTUT - Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu dipertingkat untuk...

Beli Telefon Pintar RM3,219, Tapi Dapat Tisu Basah!

SUDAH menjadi kebiasaan buat pengguna yang memilih untuk membeli barangan melalui atas talian (online) kerana ia memudahkan dan harganya juga kadangkala jauh lebih murah.

Melalui cara ini, pengguna hanya perlu membuat pesanan barangan dan kemudian melakukan pembayaran menerusi kaedah transaksi wang secara elektronik.

Bagaimanapun sejak belakangan ini, kedengaran beberapa berita kurang enak membabitkan segelintir peniaga dalam talian yang cuba ambil kesempatan ketika berurusan dengan pihak pembeli.

Terbaharu, seorang lelaki di laman Facebook meluahkan rasa kesal apabila barangan yang sudah dibeli melalui laman Lazada bukan sahaja tidak sampai kepadanya, malah mangsa telah ‘buta-buta’ ditipu.

Menurut Ivan Liew, dia telah membeli telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 8 daripada seorang peniaga di laman jual beli popular terbabit pada 12 Disember tahun lalu.

Gambar hiasan.

Bagaimanapun, apabila menerima barang yang dibeli itu, mangsa kemudian mendapati bungkusan itu hanyalah dua paket tisu basah!

Ivan berkata, peranti pintar itu dijual dan dihantar sendiri oleh pihak Lazada dan mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM3219 melalui kad kredit CIMB Visa miliknya.

“Pada 15 Disember, lebih kurang jam 1 tengah hari, saya telah memeriksa pengesan kod dan mendapati ia dalam proses perjalanan untuk dihantar.

“Namun pada hari yang sama jam 9 malam, saya mengesan kembali kod tersebut dan mendapati status barangan itu telah bertukar kepada ‘gagal dihantar’,” katanya.

Ivan bagaimanapun menerima sebuah bungkusan pada keesokannya yang dihantar oleh seorang lelaki dengan menggunakan kereta persendirian.

Sebaik sahaja menerima, dia terus membuka bungkusan tesebut dan alangkah terkejutnya Ivan apabila mendapati bungkusan kotak tersebut hanya berisikan dua paket tisu basah.


Berang menjadi mangsa penipuan, mangsa terus membuat laporan polis dan menghubungi perkhidmatan pelanggan agar barang atau wang pembayarannya dapat dikembalikan semula.

Dia turut memulangkan semula dua paket tisu basah berkenaan.

Sehingga lah 16 Januari baru-baru ini, dia telah menghubungi perkhimatan Pos Laju bagi memastikan barang yang dipulangkan kepada pihak Lazada sudah diterima.

Namun sehingga ke hari ini, pihak Lazada seakan-akan cuba mengunci mulut dan langsung tidak dikhabarkan apa-apa berita atau perkembangan mengenai kesnya daripada pihak Lazada.

“24 Februari ni genap dua bulan saya tak dapat apa-apa maklumat daripada Lazada. Saya tak sangka, ini cara Lazada layan pelanggan mereka,” katanya.

Apapun, berhati-hatilah jika mahu membeli barang secara online walaupun melalui laman rasmi terutamanya melibatkan barang yang harga mahal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori